assalamualaikum


Tuesday, April 20, 2010

tido dan tido

mood:agak2 blur skit..
lagu: selamat malm dari abg ak.(pejal tahir)

catat rekod seyh ak arini..xkuar uma lgsong!
keje ak
-dok tido kat dpn tb
-mimpi yg bkn2...haa!da pk lain..normal la tu


kucing beliau pon terut serta..sbb tuan dy x lyan..


hmm..xtau nak tulis pe maa..pdhal bwu je buat blog..huu
xpela ..ad samting ak nk share..cter gnung tahan..
dipersilakan!


(bg sound efek skit..)

putera gunun tahan

weh.

aku tak pernah heh pandang rendah kat orang lain.

weh.

aku tak terniat pun nak tunjuk bagus. aku cuma bagi gambaran yang sebenar.

weh.

aku tak pernah pun berasa diri ni dah cukup bagus.



kita mulakan perbincangan Malaysia Malam Ini.

warning ; kepada peminat fanatik dan kipas-susah-mati (apabendaalahniweh) pakcik Robert Pattinson dan atau ahli keluarganya, girlfriendnya, tukang kebunnya dan pencuci pinggannya, sila tinggalkan majlis sekarang. terima kasih. tutup pintu semula kerana SAYA SEDANG ON AIR COND FOR GOD"S SAKE!!



Apabila Robert Pattinson gilakan orang sakai.

aku bagi sinopsis je ah. since, any means of republication tidak dibenarkan dan aku tak teringin nak menginap dalam penjara lagi hoi, aku tau apa yang kau cuba nak sampaikan. PLKN bukan penjara.

pada suatu hari yang hening, Prince William siapatakkenalinimamatsilagooglesearchsekarang dan Robert Pattinson berusaha untuk mendaki sebuah gunung dengan satu hasrat, satu semangat, satu tekad bersama menjadikan gunung itu sebagai sebuah tempat pelancongan. sapa yang dah tau cerita ni senyap. aku ada bunsen burner ni kat tangan. berani kau.

mereka mendaki dan mendaki dan pada suatu hari yang pening, Robert Pattinson telah ditangkap oleh sekumpulan orang sakai. tangkap punya tangkap alih alih dia ditabalkan sebagai Batin Putih. kira lebih kurang macam sultan orang sakai. pastu, nak dijadikan cerita, Robert Pattinson pergi berjumpa dengan Old Lady. dia cerita pasal harimau putih. pastu dia cakap pasal apa ntah lagi dan membuatkan Old Lady tak puas hati. mentang mentang kau pontianak dan kacak, kau nak berlagak heh?

kemudian Old Lady pegi amek ubat pengasih, dia suruh Bella (bukan nama sebenar) salah seorang perempuan muda kaum Sakai kenakan dekat Robert Pattinson si pontianak-kacak-berlagak itu. nak dijadikan cerita lagi, Robert Pattinson si pontianak lagi kacak lagi berlagak dah jadi mandi tak lena, makan tak basah, tidur tak kenyang teringatkan Bella. dia mintak dengan Old Lady tu nak kahwin ngan Bella.

nak dijadikan cerita lagi, dalam ritual perkahwinan di mana Robert Pattinson kena kejar Bella panjat pokok kelapa jangan tanya aku kenapa ada ritual macam tu dalam perkahwinan Kristian sebab setahu kau tak ada Robert Pattinson telah mati sebab jatuh pokok. Bella relax je. takde hysteric pulak macam Cho Chang kehilangan Cedric Diggory.. eh eh.. orang yang sama kan? begitu kecik dunia ini rupanya...

kantoi kau menyamar jadi cedric diggory dan Edward tahapaakutakingatnamabelakangdia. dua dua bukan manusia biasa dan bukan cinta biasa. ke kau memang luar biasa? kau tak pernah berlakon jadi manusia normal heh? aku tanya je.

* kau tipu aku heh? pontianak mana boleh mati! vampire mana boleh mati! boycott! boycott!

berbalik kepada kawannya Prince William, beliau telah berlepas ke puncak gunung dengan bantuan KUberSINAr sebab nak jumpa otai Gunung Tahan, Ratu Bongsu yang turn out to be LELAKI. kenapa kena panggil ratu? kenapa kena panggil bongsu padahal dia adalah satu-satunya anak?

berikut merupakan dialog di antara Prince William dengan Ratu Bongsu;

- weh, cantik rumah kau.
- well..
- cam ni ah, aku straight to the point, kalau boleh, aku nak beli tempat ni, aku nak jadikan dia pusat peranginan sebab kat sini berangin je kan. ala-ala Genting Highland ah. aku jealous jugak ngan Lim Goh Tong tu. tapi aku janji tak buat casino. janji.
- em, tak boleh ah.
- 5000 pound sterling kot. takkan taknak?
- taknak ah. aku sayang ah tempat ni.

nak dijadikan cerita, Prince William buat kawan dengan Ratu anak-last ini tadi yang sebenarnya-dia-anak-manusia-biasa-tapi-tah-macammana-dia-boleh-jadi-sultan-orang-bunian. dia selalu ajak Prince William main pondok-pondok ngan dia. dia ajar Prince William buat teropong yang boleh intai orang tanpa kebenaran sesuka hati. pastu dia tunjuk pokok yang bawang putih buat main buai tu bercakap cakap. pastu dia ajak Prince William buat nakal, dengar percakapan orang curi-curi. pastu last sekali dia kata;

- ok ah geng, kau mesti rindu girlfriend kau tu kan? kau amek ah burung wirajaya ni. kita main macam dalam Harry Potter tu. kau tulis surat, pastu bagi kat burung ni suruh dia hantar kat girlfriend kau.

- boleh caya ke burung ni?

- boleh.... kot. entahlah. kau try ah. lagipun, takkan kau nak pergi turun gunung pastu datang sini balik semata-mata nak pos surat kat perempuan kot? maintain jiwang.

- hm. weh, bosarnya burung wirajaya nih?! dah macam kapal terbang. kang pengsan girlfriend aku tengok.

- ala, relax la geng. kau try je. takde option lain. digi pun takde coverage atas puncak ni hah. memang takde pilihan lain.

- em, k ah. trimas.

lepastu Prince William bertindak untuk mengkhianati kawannya. dia menulis surat kepada tentera British supaya menyerang puncak Gunung Tahan sebab dia nak jugak puncak gunung tahan tu jadi pusat peranginan. mentang mentang dia anak raja. army semua dia conquer.

2 3 hari lepastu Ratu anak-last dengar bunyi macam kapal terbang kapal terbang banyak banyak banyak nak datang. dia dah cuak. ni mesti kerja Prince William. aku dah agak!

- Kusina! Kusina! kau tak abes abes layan Bella tu main Barbie! macam takde kerja lain! sekarang macam ni, nanti bila anak raja gedik tu masuk istana aku, kau kunci dia dari luar. jangan bagi dia keluar. kau pulak jangan bodoh bodoh tunggu kat luar. selamatkan diri. kita kena serang ni. CEPAT! tinggalkan patung barbie kau tu!
- ok ok ok

dia panggil pulak Prince William.

- geng, bunyi apa ni geng? hah? weh, kau tolong amekkan teropong kita yang haritu kita buat intai orang tu. kat dalam bilik aku. gi cepat!
- eh. asal aku pulak? kau ingat aku dayang kau?! hm. yelah2! kat mana?
- kat bilik aku! kan dah cakap tadi!
- k k. tunggu jap.

dia panggil pulak rakyat jelata dia.

- baiklah tuan tuan puan puan semua. hari ni McD ada menu terbaru. tapi kita dah kena serang nih. hm. selamatkan diri kamu semua ya? jangan sampai terbunuh. DEMI MCD!
- DEMI MCD!

KUberSINAr pun apa lagi.. bila Prince William dah masuk je, dia kunci ah pintu tak bagi Prince William keluar.

Prince William sedar yang dia dah kena trick ngan kawan sepermainan dia. dia sedar yang confirm dia tak selamat. dah dia yang suruh army attack betul betul kat istana tu. sebelum dia mati dia sempat nyanyi lagi Andai Ku Tahi - Ungu kerana menyesali dia belum bertaubat setelah banyak melakukan dosa. bezanya, dia nyanyi pada Jesus. weh, salah. typing error. Andai Ku Tahu - Ungu






nak dijadikan cerita lagi, girlfriend Prince William ikut sama army tu datang sini. AMAZINGLY, army tu semua mati tapi Kate ni eh eh mana aku tau nama dia kate boleh selamat. nampak sangat laaa. girlfriend Prince William ni kita gelar dia mem william la senang.

pastu Ratu Bongsu ni fikir. kau tengok William, kau dah mengkhianati aku, biar aku pulak mengkhianati kau. kita jadikan plot cerita ni macam Pearl Harbour. jangan alih alih 2 3 tahun akan datang aku dengar kau belum mati lagi. kau tengok aku tackle girlfriend kau. padan muka.

mem william pulak fikir, jahanam kau ratu bongsu! gedik! kau bunuh boyfriend aku! teman sehidup semati aku! soulmate aku! ceh padahal aku curang juga kat sana. takde. yang penting dia soulmate aku! kau tengok, aku dapat kau aku tampar tampar muka kau sampai pusing kepala kau depan aku! kau tengok!

ratu bongsu simpan mem william 3 bulan kat puncak gunung tahan tu. while dia tengah terbalik tergolek belajar English macam nak gila. nak usha punya pasal.

3 bulan selepas itu..

Ratu Bongsu pakai semart semart. datang berdiri kat depan mem william.

- hai =)

nasib baik kau handsome ratu bongsu, kalau tak dah lama aku tampar muka kau sampai pusing-pusing kepala kau. weh, kau lagi handsome dari husband aku laaa (dalam hati) *blush* *blush*

- hai =)

(alih bahasa)

- jom kita makan McD? =)

- belanja eh?

- bolehh. nak makan Ronald McDonald tu sekali pun boleh. I belanja.


THE END

diadaptasi dari ; layar perak eh eh eh Putera Gunung Tahan


* lantik aku jadi cikgu bahasa melayu kau sekarang cepat!

1 comment:

♥♥ Lyana Ƨʏαмιмι ♥♥ said...

giloss pnye cter.. mkin pning bce.. nseb baik bce lpas SPM.. klau tk,,, mmg lingkup BM aku... fuuhh...